fbpx

Lelaki P. Pinang hensem, setia, penyayang jadi bualan ‘panas’ netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Dakwaan kaum lelaki di Pulau Pinang memiliki ketampanan, setia dan bersifat penyayang menjadi perdebatan hangat pengguna media sosial sejak semalam.

Ini menerusi satu ciapan yang dimuat naik dalam Facebook Penang Press iaitu: ‘90% lelaki dari negeri Pulau Pinang adalah hensem, setia dan penyayang. Untung la sapa yang kahwin dengan lelaki dari Pulau Pinang’.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang terhibur dan ada juga yang mengkritik kenyataan tersebut.

“Hat nie (yang ini) saya sokong. Masih ramai lagi yang tidak percaya lelaki Pulau Pinang. Sudah ternyata memang setia,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Nak cakap hensem sangat tu tidak la tapi sedap mata memandang aje (sahaja). Setia memang orang cakap sehingga ke hujung nyawa,” tulis seorang netizen.

“Hensem kalau malas kerja pon tak ‘function’ juga min,” balas netizen lagi.

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut meletakkan komen: “Betui (betul) Min….dekat penang hero Nasi Kandar banyak. Hidung lepa (depa) sama tinggi ngan (dengan) komtar”.

Bagaimanapun, sehingga petang ini, ciapan tersebut telah mendapat 155 perkongsian, 971 komen dan 1,600 reaksi daripada pengguna laman sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI