fbpx

KPM bekal lebih 240,000 lokar murid di 626 sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali melihat loker buku pada Majlis Penyerahan Lokar fasa pertama, di SK Gombak Setia, di sini hari ini. -FOTO/ SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Bagi menangani isu beg berat murid, Kementerian Pendidikan (KPM) komited dengan menyediakan sebanyak 249,646 buah lokar di 626 sekolah seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, inisiatif tersebut merupakan salah satu daripada tujuh pendekatan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh KPM.

Menurut Radzi, pembekalan lokar ke sekolah rendah itu dijalankan sebanyak dua sesi iaitu fasa satu melibatkan murid tahap satu pada 2022 dan fasa dua (murid tahap dua) pada 2023.

Beliau berkata, bagi fasa 1, kesemua lokar itu telah diedarkan ke sekolah-sekolah terlibat dan dijangka selesai hujang Oktober ini.

“Ini merupakan sejarah dalam KPM kerana kita tidak pernah bekalkan lokar untuk murid di mana-mana sekolah sebelum ini.

“Untuk inisiatif ini, KPM telah belanjakan sebanyak RM37.3 juta bagi membekalkan lokar-lokar ke 626 sekolah dua sesi di seluruh negara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Lokar Fasa Pertama di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Radzi berkata, bagi sekolah satu sesi, murid akan menyimpan buku dalam laci meja di bilik darjah masing-masing yang mana melibatkan sekolah di empat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) iaitu Perlis, Melaka, Kelantan dan Labuan.

“Bagi fasa dua, kita mungkin akan menambah beberapa sekolah lagi yang memerlukan lokar bagi meringankan beban murid,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI