fbpx

KL City akan beraksi tanpa tekanan – Bojan Hodak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL City selesa dilabelkan sebagai pasukan bukan pilihan sekali gus membolehkan para pemain bermain tanpa tekanan apabila menentang kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana Jizzakh malam ini.

KETUA jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengingatkan barisan pemain untuk beraksi tanpa sebarang tekanan menjelang aksi final antara zon Piala AFC menentang kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana Jizzakh malam ini.

Kata Hodak, status selaku bukan pilihan sememangnya membantu pasukan ini untuk tampil le­bih cemerlang ketika di atas padang.

Namun, pada masa sama pe­ngendali import dari Croatia itu agak risau dengan keadaan cuaca sejuk di Uzbekistan ketika ini.

“Berdasarkan analisa yang dilakukan, kita boleh lihat Sogdiana merupakan pasukan yang bagus dan saya jangkakan aksi yang sukar daripada mereka.

“Cuma, kelebihan buat kami adalah status selaku bukan pilihan, sekali gus membolehkan pemain bermain tanpa sebarang tekanan dan bersedia memberikan 100 peratus di atas padang.

“Cabaran utama yang saya risaukan adalah musim dingin di Uzbekistan kerana ramai pemain kami tidak ada pengalaman beraksi dalam cuaca seperti ini,” kata Hodak.

Sementara itu, kapten The City Boys, Paulo Josue mengakui, barisan pemain sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal meskipun di atas kertas pasukan lawan dilihat sebagai pilihan untuk melangkah ke final.

Kata Jouse, barisan kejurulatihan sudah mempunyai pe­rancangan taktikal tersendiri bagi mengekang asakan yang boleh diberikan oleh pasukan lawan nanti.

“Secara dasarnya kita boleh lihat Uzbekistan adalah salah satu negara berpengaruh dalam rantau bola sepak Asia dan mereka melahirkan ramai pemain berkualiti.

“Namun, saya anggap peluang masih 50-50 dan apa sahaja boleh berlaku di atas padang dalam tempoh 90 minit nanti.

“Kita telah buktikan tiada apa yang mustahil dalam arena bola sepak” katanya.

KL City yang mencipta kejutan menjuarai trofi Piala Malaysia tahun lalu berharap dapat menjadi kelab kedua Malaysia menjuarai trofi berprestij itu selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukannya pada edisi 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI