fbpx

Katak emas berkaki enam didakwa bawa tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOMBOON menunjukkan katak berkaki enam yang menjadi haiwan peliharaannya. - Khaosod

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Phayao, utara Thailand mendakwa mempunyai kehidupan yang lebih baik selepas menemui seekor katak berkaki enam sejak lebih setahun lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Somboon Tuakrua, 50, memaklumkan bahawa katak emas itu ditemui melompat masuk ke dalam rumahnya yang terletak di daerah Mueng sekitar lebih setahun lalu. 

Menurut Somboon, katak itu sangat tenang dan jinak. Dia kemudian meletakkan amfibia itu di dalam sebuah perigi di taman rumahnya.

Lelaki itu mendakwa dia telah menjaga katak itu dengan sebaiknya dan menerima nasib yang baik sebagai balasan. Dia mendakwa pernah memenangi judi selepas menggunakan nombor enam iaitu sama dengan bilangan kaki katak itu.

“Bukan sekadar mempunyai dua kaki tambahan, ia juga boleh bertukar warna,” kata Somboon. Warna katak tersebut boleh bertukar antara hijau dan emas.

Menurut majalah National Geographic, fenomena katak mempunyai kaki tambahan adalah disebabkan oleh jangkitan parasit. 

Sejenis cacing dipanggil Ribeiroia boleh menjangkiti berudu dan ‘menanam’ dirinya ke dalam tunas kecil yang akan bertukar menjadi kaki. 

Dalam sesetengah kes, parasit akan menghalang pertumbuhan kaki katak, manakala ada juga yang mempunyai lebih 12 kaki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI