fbpx

Jajan, keropok rosakkan sel otak kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengambilan jajan atau keropok dalam kalangan kanak-kanak adalah tidak disarankan.

PETALING JAYA – Ibu bapa dinasihatkan supaya elakkan memberi jajan atau keropok kepada anak-anak yang masih kecil kerana dikhuatiri boleh merosakkan sel otak mereka.

Perunding pemakanan dan kanak-kanak, Dr. Mazliana Mazlan berkata, pengambilan makanan seumpama itu sememangnya tidak disarankan ekoran dipenuhi bahan tiruan.

Menurut Mazliana, antara keropok yang sering dilihat menjadi ‘kegilaan’ kanak-kanak antaranya adalah keropok ketam, udang, ikan, keju dan kentang.

“Label ditulis sebegitu bertujuan untuk nampak sihat dan seperti makanan sebenar.

“Tetapi bila kita baca label dan tengok bahan ramuan yang digunakan, tak terkira betul betapa banyaknya bahan yang kita langsung tak faham,” ujarnya.

Jelas Mazliana, bahan tersebut tidak datang dari makanan sebenar, sebaliknya hanya menggunakan perasa tiruan.

“Makanan ini bukan untuk anak kecil kita. Mereka tak boleh kenal dengan jajan ni semua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI