fbpx

Geng Mawar pecah masuk rumah di Seberang Perai tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Radzi menunjukkan sebahagian barangan rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU, di sini hari ini. SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah dikenali ‘Geng Mawar’ yang bergerak aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pihaknya menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja dan seorang wanita berumur yang lingkungan 16 sehingga 37 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Taman Bertam Perdana dan Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 3.40 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kumpulan terbabit aktif memecah masuk rumah di beberapa taman perumahan antaranya di Bertam Perdana, Kubang Menerong dan Tasek Gelugor.

“Modus operandi yang digunakan kumpulan itu adalah dengan memerhatikan rumah yang tidakGeng Mawar pecah masuk rumah di Seberang Perai tumpas berlampu dalam tempoh sehari dua.

“Mereka akan memecah masuk ke dalam rumah pada hari ketiga melalui pintu belakang atau laluan yang terlindung daripada penglihatan umum,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelbagai barangan kes ditemui antaranya kasut dan beg berjenama, telefon bimbit, komputer riba, pelbagai matawang asing, barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM250,000.

Selain itu, polis turut menyita sebuah Proton Wira yang digunakan kumpulan itu untuk menjalankan kegiatan terbabit.

“Keempat-empat suspek termasuk remaja yang masih bersekolah itu didapati memiliki pelbagai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. Dengan tertangkapnya keempat-empat suspek itu, kita yakin berjaya menyelesaikan 16 kes pecah rumah di daerah ini.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kita akan mohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan bagi membantu siasatan,” tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan curi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI