fbpx

Derita bulimia ‘bahagiakan’ Chuu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUU

MANA-mana artis yang dijemput menjadi tetamu undangan dalam program Dr. Oh Eun Young’s Golden Clinic pasti ada kisah tersendiri yang tidak diketahui ramai.

Sama seperti penyanyi Chuu yang mengakui dia sebenarnya bergelut dengan tabiat ‘binging and purging’.

Tabiat tersebut merupakan satu masalah gangguan pemakanan atau bulimia yang merujuk kepada perbuatan seseorang makan berlebihan dan kemudian cuba membuang semula lebihan kalori makanan tersebut dengan cara yang salah (memuntahkannya).

“Saya kadang-kadang makan sampai tahap tak boleh bernafas. Lebih-lebih lagi ketika berasa tertekan. Saya makan sampai muntah-muntah,” dedahnya.

Pernah juga satu ketika, anggota LOONA itu juga pernah dikejarkan ke wad kecemasan dalam keadaan tubuh badannya kaku.

“Saya tahu saya tak patut lakukannya. Tetapi saya tetap lakukannya untuk kebahagiaan selama 20 minit,” ujarnya.

Mendengarkan pendedahan penyanyi itu, Dr. Oh Eun Young berkata, Chuu sebenarnya sedang berdepan kecenderungan mencederakan diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI