fbpx

Budak 2 tahun maut jatuh kerusi bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia setelah terjatuh kerusi bayi di sebuah restoran di Taman Sutera, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 3 petang itu, kanak-kanak berusia dua tahun itu bersama keluarganya sedang menjamu selera.

Beliau berkata, kanak-kanak warga tempatan itu tidak semena-mena terjatuh dari kerusi tersebut lalu kepalanya terhentak di lantai.

Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu menolak meja menggunakan kakinya hingga menyebabkan kerusi bayi itu terjatuh.

“Ketika sedang makan, kanak-kanak itu bertindak luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kakinya hingga menyebabkan kerusi bayi itu jatuh dan kepalanya terhentak di lantai.

“Bayi lelaki itu kemudian menangis dengan kuat sebelum pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fariz Ammar berkata, keluarga itu datang ke restoran berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

Tambahnya, kejadian itu turut disaksikan pekerja restoran terbabit.

Jelasnya, bapa mangsa itu bergegas membawa kanak-kanak lelaki itu ke klinik swasta namun dinasihatkan doktor untuk dihantar terus ke hospital kerana keadaannya yang serius.

“Bapa mangsa itu kemudian membawa anaknya me sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Tambahnya, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) until dibedah siasat.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian, namun siasatan masih diteruskan.

“Kertas siasatan dibuka atas laporan mati mengejut (SDR),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI