fbpx

BN Pahang belum bincang pembahagian kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY menyerahkan cenderahati kepada pengguna jalan raya sempena pembukaan Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16 berdekatan Kilang Lee Rubber di Bentong hari ini.

BENTONG – Meskipun suasana pilihan raya semakin hangat diperkatakan namun Barisan Nasional (BN) Pahang masih belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi melibatkan parti komponen.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini BN negeri juga masih belum memutuskan sama ada tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan serentak sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kita masih belum bincang, belum ada apa-apa lagi.

“Masih belum bincang dengan Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) lagi tentang pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) di semua DUN,” katanya selepas merasmikan pembukaan jalan FT008 Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16 berhampiran Kilang Lee Rubber di sini hari .

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang berkata, biarpun terdapat khabar angin berlakunya pembubaran parlimen dalam masa terdekat namun ujarnya perkara itu masih belum dibincangkan.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai pembentangan Belanjawan 2023 Negeri Pahang akan berjalan seperti yang dijadualkan pada 7 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI