fbpx

ATM sedia hadapi risiko banjir ketika PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HISHAMMUDDIN

KUALA LUMPUR – Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat berkaitan persiapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya sentiasa bersedia PRU-15 sekiranya terpaksa berdepan risiko banjir ketika ia diadakan.

“Kalau kata kita tak nak pilihanraya sebab banjir, kalau tak banjir orang marah kita juga. Dari segi persiapan saya akan ke Pahang kalau tak silap saya dalam masa terdekat ini.

“Di situ saya akan umumkan berkenaan persiapan kita untuk berhadapan dengan kemungkinan ada banjir dan tugas-tugas ATM,” katanya semasa sidang media selepas lawatan kerjanya ke Kem Perdana Sungai Besi.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah menyatakan persetujuannya untuk mengadakan PRU-15 pada tahun ini.

Namun terdapat beberapa pihak mengatakan bahawa tarikh sesuai untuk PRU-15 dilaksanakan adalah selepas berakhirnya musim banjir kerana berpendapat rakyat tidak sepatutnya diletakkan dalam keadaan berisiko untuk keluar membuang undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI