fbpx

Angka korban rempuhan Stadium Kanjuruhan kini 131 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khofifah menjelaskan ia disebabkan ada pertambahan enam mangsa yang sudah dikebumikan awal oleh keluarga. - Detik

JAKARTA – Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa menjelaskan angka korban rasmi tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan meningkat kepada 131 orang disebabkan maklumat terbaharu yang dikumpul oleh pemerintah daerah menerusi senarai nama pengunjung pada malam kejadian, lapor laman berita Detik hari ini.

Menurut Khofifah, enam mangsa korban baharu tidak termasuk dalam kiraan awal kerana ada yang sudah dibawa ke hospital lebih awal sebelum meninggal dunia, malah ada yang terus dikebumikan kerana mangsa ditemui lengkap dengan maklumat diri dan dikenal pasti oleh waris.

“Oleh kerana identiti mereka lengkap, ada juga mangsa yang rumahnya dari Kanjuruhan tidak jauh, maka terus dikebumikan pada pagi Ahad.

“Semalam, pasukan pusat krisis di Jabatan Kesihatan Kabupaten Malang telah melawat ketua daerah yang terlibat dan mencatat nama mangsa yang meninggal dunia tetapi tidak tersenarai sebagai korban,” jelas Khofifah.

Perubahan angka rasmi mangsa meninggal dunia ini menjadikan tragedi rempuhan Stadium Kanjuruhan sebagai insiden kedua paling ramai korban dalam perlawanan sukan bola sepak dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI