BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand dikejarkan ke hospital gara-gara alat sulitnya membengkak akibat memakai sebentuk cincin logam yang ketat, lapor akhbar Metro UK semalam.
Selepas memakai cincin itu selama empat bulan, lelaki dengan identitinya tidak didedahkan itu mengalami rasa sakit yang perit dan terpaksa mendapatkan bantuan perubatan.
Petugas perubatan di Hospital Besar Krungthai gagal membantu lelaki berkenaan dan terpaksa memanggil anggota bomba untuk mengeluarkan cincin tersebut.
Mereka berusaha mengeluarkan cincin itu selama lebih satu jam dengan menggunakan alat pemotong sebelum ia akhirnya berjaya dikeluarkan.
Menurut doktor, cincin itu dapat dikeluarkan tepat pada masanya dan jika tersekat dalam tempoh yang lebih lama, pesakit berisiko mengalami jangkitan kuman dan kemaluannya terpaksa dipotong.
“Lelaki itu berkata bahawa dia telah memakai cincin besi pada kemaluannya selama empat bulan.
“Cincin itu dikeluarkan dengan berhati-hati kerana jika tidak, pihak kami berisiko mencederakan alat sulit pesakit,” kata petugas kecemasan, Somchai Chokcai yang terlibat dalam prosedur itu. – Agensi