fbpx

[VIDEO] Zul Ariffin mengaku salah muat naik kandungan sumbang didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Ariffin didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu klip video bersifat sumbang di Mahkamah Sesyen Sepang di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Pelakon, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di laman Instagramnya di Mahkamah Sesyen disini hari ini.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar.

Terdahulu, pelakon lelaki popular itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

Pelakon berusia 36 tahun itu dilihat tiba di pekarangan mahkamah lengkap bersut kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu yang dipercayai merupakan peguam dan pengurusnya.

Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI