fbpx

Wanita dipecat kerana hamil semasa cuti bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Black dipecat daripada salun Pat Drain Barbers. – Metro UK

LONDON – Seorang wanita di Britain menerima pampasan berjumlah £7,500 (RM39,614) kerana dipecat empat hari selepas memberitahu majikannya bahawa dia hamil ketika cuti bersalin, lapor akhbar Metro UK semalam.

Siobhan Black sedang bercuti selepas melahirkan anak pertamanya ketika dia memberitahu majikannya, Evelyn Drain bahawa dia hamil lagi.

Kedua-dua mereka sebelum itu bersetuju bahawa Black akan kembali bekerja di salun rambut, Pat Drain Barbers di Lanarkshire Utara pada April lalu, namun dia diberhentikan pada hari pertama kembali bekerja.

Drain mendakwa bahawa dia memecat Black kerana faktor perniagaan, namun tribunal buruh mendapati bahawa Black telah didiskriminasi kerana hamil dan mengarahkan majikannya membayar pampasan.

Semasa perbicaraan berlangsung, Black berkata, dia berasa tertekan dan kecewa akibat tindakan itu kerana perlu menyara anak-anaknya sebagai ibu tunggal.

Drain dalam hujah pembelaannya berkata,  dia memecat Black kerana keadaan perniagaannya yang agak tidak menguntungkan.

“Kami mendapati Drain gagal membuktikan pemecatan tersebut dilakukan atas sebab yang tiada kena mengena dengan kehamilan Black.

“Dalam keadaan ini, kami mendapati dakwaan (Black) adalah berasas,” kata Hakim Pekerjaan, James Hendry. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI