PETALING JAYA – Aliran trafik di ibu negara hari ini dilaporkan perlahan dan sesak ekoran beberapa laluan dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, pergerakan kenderaan terutama di beberapa laluan di ibu negara adalah perlahan di semua arah.
“Ia melibatkan Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala ke Bulatan Bt Cave yang mana lorong kanan dinaiki air.
“Selain itu, Jalan Tunku Abdul Halim melibatkan Terowong Hantu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, tiada halangan dilaporkan setakat pukul 4 petang hari ini.
Tambahnya lagi, pengguna jala raya dinasihatkan supaya elakkan melalui laluan tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE