fbpx

Tindakan Zul sangat matang, bertanggungjawab – Gayatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Gayatri menemani Zul Ariffin sepanjang di mahkamah sememangnya mencuri perhatian media.

PETALING JAYA – “Saya datang untuk beri sokongan kepada Zul. Tindakannya pada hari ini sangat matang dan bertanggungjawab.”

Demikian kata-kata penerbit popular yang juga rakan baik kepada Zul Ariffin iaitu Gayatri Su-lin Pillai, memuji tindakan berani aktor mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.

Gayatri berkata, kehadirannya menemani Zul di Kompleks Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pagi tadi juga adalah untuk memberi sokongan moral kepada pelakon filem Sangkar itu.

“Saya datang untuk memberi sokongan kepada Zul. Sepanjang bekerjasama dengan Zul untuk beberapa projek filem, dia memberi kerjasama yang baik.

“Bagi saya, keputusan yang dibuat Zul hari ini adalah matang dan bertanggungjawab. Saya memuji tindakannya itu,” katanya.

Terdahulu, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.

Zul membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 18 Mac, Zul memuat naik sepotong babak ghairah drama lakonannya berjudul Perempuan Itu dalam Instagram.

Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat majmuk di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI