PETALING JAYA – Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan baru sahaja menimang cahaya mata ke-12 akhir bulan lalu.
Difahamkan bayi terbaharu ustaz yang turut dikenali UAI itu merupakan seorang lelaki dan selamat dilahirkan di negeri asalnya, Terengganu.
Berita itu dikongsi oleh SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu menerusi akaun Facebook rasmi mereka beberapa hari lalu dan posting tersebut mula menjadi tular sejak Ahad lalu.
“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan puan Izyan di atas kelahiran anak.
“Semoga Allah memberkati anak ini untukmu dan menjadikanya orang berbakti dan bertakwa, terima kasih memilih kami Ustaz Azhar Idrus,” tulis perkongsian tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah kepada penceramah terkenal itu serta tidak kurang juga ada yang bertanyakan tip untuk mendapatkan anak yang ramai.
“Ada satu ceramah UAI sebelum ni, orang tanya anak dia berapa orang dia jawab 11 setengah, maknanya betul lah. Ini anak yang ke 12.
“Tahniah ustaz, anak yang dilahirkan dari bapa ulama. Semoga menjadi anak yang soleh,” kata Airunisa Baharun.
“Ustaz, saya nak tip la bagaimana nak dapat anak ramai. Apa doa dan amalan ustaz selama ini? Apa-apa pun tahniah UAI,” kata Sang Siro Api.- KOSMO! ONLINE.