fbpx

Suami isteri beli kereta 173 juta rupiah guna duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan bilik pameran mengira duit syiling tersebut. – Jambikita

JAKARTA – Sepasang suami isteri di wilayah Jambi, Indonesia membeli sebuah kereta model Toyota Calya berharga 173 juta rupiah (RM52,743) dengan menggunakan wang syiling 1,000 rupiah (RM0.30 sen), lapor laman berita Kumparan semalam.

Agus Riyanto dan Emilia, membawa duit syiling dengan jumlah keseluruhan 18 juta rupiah (RM5,487) menggunakan guni untuk diserahkan kepada sebuah bilik pameran Toyota.

“Sebelum ini, mereka sudah membayar wang sebanyak 150 juta rupiah (RM45,731). Bakinya dibayar menggunakan duit syiling yang berjumlah sekitar 18 juta rupiah (RM5,487),” kata seorang kakitangan bilik pameran berkenaan, Rika.

Menurut Rika, lebih 15 pekerja diarah untuk mengira duit syiling itu.

“Kami mengira duit itu dari pukul 11 pagi (waktu tempatan) hingga 3.30 petang (waktu tempatan),” ujarnya sambil menambah, ia merupakan kali pertama mereka bertemu dengan pelanggan yang membeli kereta menggunakan duit syiling.

Tambah Agus, duit syiling itu dikumpul selama dua tahun hasil daripada perniagaan kedai runcit mereka.

“Kami mendapat inspirasi daripada anak,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI