fbpx

Sindiket pekerjaan: 90 rakyat Malaysia akan dibawa pulang, 88 lagi sedang dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai rakyat Malaysia terkandas di luar negara selepas diperdaya sindiket mencari pekerjaan.

KUALA LUMPUR – Sehingga September lalu, terdapat 90 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia kini sedang dalam proses dibawa pulang.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seramai 171 orang telah selamat dibawa pulang manakala baki 88 orang lagi masih sedang dikesan.

“Perwakilan-perwakilan Malaysia di empat negara yang terlibat, iaitu Kemboja, Myanmar, Laos, dan Thailand, akan terus bekerjasama dengan kerajaan negara terlibat bertujuan pengesanan dan penyelamatan mangsa yang masih di bawah kawalan sindiket.

“Tindakan yang diambil Perwakilan Malaysia termasuklah mendapatkan bantuan dan kerjasama pihak kerajaan negara terbabit, mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa yang terlibat bagi mengesan dan menyelamat, serta memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi membolehkan mereka pulang dengan selamat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang ingin tahu langkah kerajaan membantu warganegara Malaysia yang telah ditipu dan diculik oleh sindiket penipuan pekerjaan terutamanya di rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, angka rasmi mangsa ketika ini telah mencecah 349 orang, termasuk yang sedang dikesan berdasarkan laporan dan aduan dari waris.

Beliau berkata, majoriti mangsa terpedaya dengan sindiket tersebut setelah dijanjikan pelbagai kemewahan dan gaji besar, termasuk ada yang pergi bercuti namun terjerat dengan sindiket tersebut.

“Namun ada juga segelintir tidak mahu balik. Mengapa itu saya tidak dapat ceritakan. Tapi kita sentiasa nasihat rakyat Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga sudah mula mengadakan pesanan supaya rakyat Malaysia jangan mudah terpengaruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI