fbpx

Perdana Menteri, Presiden UMNO hadir perjumpaan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini bagi menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Beliau tiba pukul 2.40 petang, namun tidak dapat dipastikan jangkaan tempoh perjumpaan khas itu yang berlangsung secara tertutup.

Dalam masa sama, turut hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tiba bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Difahamkan, perjumpaan itu antara lain bagi memperincikan persediaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk calon.

Ia melibatkan 764 pemimpin sayap 191 bahagian iaitu terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui media berkata, majlis akan didahului dengan ucapan Perdana Menteri seterusnya Presiden UMNO, manakala beliau merangkap sebagai moderator.

Sebelum ini, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 pada tahun ini juga.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI