fbpx

RUU larangan merokok tidak lulus jika Parlimen bubar – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi bayangan bahawa Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak dapat diluluskan bagi Sidang Dewan Rakyat kali ini jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, jika Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, RUU tersebut akan di bentangkan semula oleh kerajaan baharu.

“Saya nak bawa (bentang RUU), tapi takut tidak sempat sebab dia punya suhu dah panas (pembubaran Parlimen).

“Saya ada tanya Setiausaha Dewan Rakyat apa akan berlaku pada RUU yang tak sempat dibahas. Jika tidak dibacakan kali ketiga memang RUU itu tidak diluluskan,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan, di sini hari ini.

Ujar Khairy Jamaluddin, jika RUU itu dibaca buat kali ketiga di Dewan Rakyat dan diluluskan namun tidak sempat dibawa ke Dewan Negara maka, RUU tersebut perlu dibentangkan semula oleh kerajaan baharu.

“Itu prosedurnya, namun saya harap ia diluluskanlah, kalau diluluskan kemudian Parlimen bubar, sia-sia sahaja kita buat kerja dan tak boleh bawa perkara ini malah terpaksa bentang semula,” ujar beliau.

Katanya, jika RUU itu tidak dapat dibentangkan dan diluluskan di Dewan Negara, beliau tetap berpuas hati kerana RUU itu sudah mendapat persetujuan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen serta boleh digunakan sebagai rujukan kepada kerajaan akan datang.

Khairy Jamaluddin berkata, bacaan kali kedua RUU itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis ini mengikut aturan oleh sidang Dewan Rakyat.

Menurutnya, JPK yang dianggotai oleh 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang sudah pun menyatakan persetujuan terhadap pindaan RUU itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI