fbpx

Rezeki murah sejak turunkan harga chicken chop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD IQMAL HAFEEZ menunjukkan menu chicken chop yang kini cuma berharga RM8 di restorannya di Kampung Balai Besar, Dungun baru-baru ini.

DUNGUN – Seorang peniaga restoran makanan barat di Kampung Balai Besar di sini mengambil inisiatif menurunkan harga makanan jualannya berikutan penurunan harga bahan mentah sejak akhir-akhir ini.

Mohamad Iqmal Hafeez Mohamad, 34, berkata, harga menu makanan di restorannya dikurangkan antara RM2 hingga RM4 setiap hidangan sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, antara menu tersebut ialah chicken chop, burger chicken chop, ayam panggang, burger ayam panggang dan bebola daging sos lada hitam.

“Sebelum ini, setiap menu itu berharga antara RM10 hingga RM13 sepinggan ekoran kenaikan harga bahan mentah sebelum ini.

“Kini harga bahan mentah khususnya ayam sudah semakin berpatutan, saya turunkan semula harga menu jualan sesuai dengan situasi semasa,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kampung Balai Besar di sini semalam.

Mohamad Iqmal Hafeez ber­kata, beliau seboleh-bolehnya tidak mahu membebankan pe­langgannya terutama dalam kalangan golongan kurang berkemampuan dan pelajar.

Tambah bapa kepada dua anak itu, harga ayam potong yang merupakan bahan mentah utama­ menu restorannya kini boleh didapati pada harga RM35 bagi dua kilogram berbanding lebih RM40 sebelum ini.

“Sedikit pengurangan dalam kos bahan mentah itu amat me­legakan sekali gus membolehkan saya menurunkan harga menu jualan mengikut kesesuaian.

“Alhamdulillah, saya masih mendapat keuntungan walaupun dalam margin yang kecil,” kata­nya.

Mohamad Iqmal Hafeez ber­kata, beliau bersyukur usahanya itu secara tidak langsung telah me­ningkatkan jualan restorannya pada masa singkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI