fbpx

Pernas & RHB perkasa usahawan asnaf, B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program BEST-BYOB tidak hanya menyediakan sokongan kewangan, malah bimbingan untuk mengembangkan perniagaan. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) melancarkan Program B40 Empowerment Strategy – Be Your Own Boss (BEST-BYOB) yang menyasarkan pemerkasaan 42 usahawan mikro pra-francais dari kalangan asnaf dan komuniti B40.

Program BEST-BYOB menggabungkan kekuatan unik dari projek asal BYOB oleh Pernas, dan program BEST oleh RHB Islamic bagi mempertingkatkan mutu program dengan penghasilan pakej keusahawanan yang lebih lestari, holistik dan kompetitif.

Kerjasama itu juga merupakan inisiatif pertama di pasaran yang menawarkan bantuan dana zakat bersama pakej solusi perusahaan kecil dan sederhana kepada usahawan pra-francais.

Peserta boleh memilih antara dua pakej iaitu Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) bagi wanita Muslim berumur antara 21 hingga 60 tahun, atau Young Entrepreneurship Engagement Talent (Younity) bagi belia Muslim berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Usahawan terpilih akan dipadankan dengan jenama pra-francais seperti Nab Peneram, Mekeria, Bubur Ayam Dahlia, Uncle’s Putu Piring dan Golden Takoyaki, selain berpeluang mendapat manfaat dari khidmat pakej RHB SME e-Solution yang menyediakan saluran perbankan internet komprehensif serta pelbagai fasiliti akaun perniagaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mazlan Ibrahim berkata, jaringan kerjasama strategik dan sinergi di antara Pernas dan RHB Islamic mampu memberi impak positif dalam aspek ekonomi dan sosial.

“Dari aspek ekonomi misalnya, bakal-bakal usahawan dapat menjana pendapatan harian sambil mewujudkan lebih banyak peluang keusahawanan dari golongan B40 dan asnaf dalam bidang francais serta pra-francais, sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI