fbpx

‘Perang Dunia’ selepas wanita lihat suami sahabat karib curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chakera mendedahkan bagaimana dia menangkap suami rakannya yang curang di sebuah hospital. – TikTok/Chacdvale

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat hampir memulakan pergaduhan di dalam sebuah hospital setelah melihat suami rakannya memeluk wanita lain yang sedang hamil, lapor akhbar New York Post semalam.

Chakera Henry tular selepas memuat naik klip video di TikTok yang menceritakan kejadian tersebut. 

Wanita itu menjelaskan situasi di mana dia terserempak dengan lelaki curang itu dan segera menghubungi sahabat karibnya. 

“Ia agak pelik. Saya menyaksikan apa yang berlaku dan menyedari dia memeluk wanita itu,” katanya.

Chakera bertindak mendekati lelaki itu dan bertanya khabar isterinya.

Dia terkejut apabila lelaki itu mendakwa bahawa dia sebenarnya belum berkahwin. Bagaimanapun, kata Chakera, dia sendiri menyaksikan perkahwinan mereka dan dia pernah berkunjung ke rumah sahabat karibnya. 

Penafian lelaki itu mengenai perkahwinan bersama rakannya membuatkan Chakera menghubungi wanita tersebut supaya datang ke hospital tanpa memberitahu alasan sebenar.

“Anda semua, ‘Perang Dunia Kedua’ akan berlaku di sini kerana satu rahsia akan terbongkar,” katanya. 

Dia mengakhiri video itu dengan menyatakan rasa simpatinya terhadap wanita hamil itu yang tidak tahu mengenai perkahwinan lelaki tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI