fbpx

Pemandu lori ditahan seleweng 2,000 diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa tangki plastik berisi diesel yang dipercayai diselewengkan dalam satu serbuan di Butterworth, di sini petang semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu lori ditahan sepasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang di Butterworth, di sini semalam selepas dipercayai terlibat dengan penyelewengan diesel bersubsidi.

Pengarah KPDNHEP negeri, S. Jegan berkata, lelaki warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota penguatkuasa kemudiannya mengekori lelaki berkenaan yang juga dipercayai pemilik kenderaan itu sebelum menjumpai dua buah lori yang diletakkan berhampiran Lorong Tanjung Indah, Butterworth.

“Lori pertama seberat satu tan mempunyai dua tangki plastik berkapasiti 2,000 liter manakala lori kedua pula seberat tiga tan dan mempunyai empat tangki plastik berkapasiti 4,000 liter yang telah diubahsuai serta belakangnya ditutupi dengan kain kanvas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat kira-kira 2,000 liter minyak diesel dalam tangki simpanan di atas kedua-dua buah lori tersebut secara keseluruhannya.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah enam unit plastik, empat pam motor dan satu pam hos dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan dan sitaan sebanyak RM40,700,” katanya kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI