fbpx

Pelakon jangan akur disuruh muat naik apa-apa – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Ariffin ketika ditemui wartawan di luar Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

SEPANG – Pelakon lelaki popular, Zul Ariffin menyindir pihak tertentu sebagai ‘malaikat’ apabila hanya dia seorang berdepan pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, berkata, beliau bagaimanapun tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan telah pun mengaku bersalah di atas kesalahan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang pada Mac lalu.

“Yang lain yang terlibat semua malaikat, saya seorang sahaja yang bukan, jadi sayalah yang mengaku, tidak mengapa.

“Kita semua lakukan kesilapan, sekurang-kurangnya jadikan pengajaran kepada pelakon-pelakon di luar sana jika disuruh muat naik apa-apa tidak perlu lah akur sangat. Jadikan saya sebagai contoh,”katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Sepang di sini hari ini.

Hero J Revolusi itu berkata, salah beliau sendiri kerana memuat naik kandungan sedemikian di Instagram dan telahpun mengambil langkah berani untuk mengakuinya di mahkamah.

Berita berkaitan: Zul Ariffin bayar denda RM30,000 elak kena penjara 9 bulan

“Saya rasa lega. Saya tidak pernah masuk mahkamah namun alhamdulillah semuanya telah selesai. Alhamdulillah dengan pasukan, rakan yang hadir dan peguam-peguam beri nasihat juga sokongan. Saya sangant terharu.

“Pesanan saya, berhati-hatilah dengan godaan majikan dan sama ada drama tersebut tayang atau tidak tak tahulah, kena tanya ‘malaikat-malaikat’ yang berkarya lah. Jangan tanya saya, saya sudah kena denda,” ujar beliau.

Terdahulu, aktor berkenaan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atau berdepan penjara sembilan bulan selepas didakwa memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil dan turut hadir Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Mai Zairani Zainal Abidin manakala Zul Arifin pula diwakili peguam P. Sivaram dan M. Saresh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI