fbpx

Pegawai bank dipuji, mudahkan urusan ibu OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pegawai bank mengambil cop jari wanita warga emas OKU di kereta bagi mengeluarkan wang simpanannya.

PETALING JAYA – Seorang wanita melahirkan rasa syukur apabila proses mengeluarkan wang simpanan ibunya yang menghidap strok dipermudah pegawai sebuah bank selepas dia terlupa membawa MyKad warga emas berkenaan.

Melalui perkongsian video dimuat naik di media sosial miliknya, @s..nas memaparkan situasi tersebut dipercayai berlaku di Machang, Kelantan.

Lebih terharu, video berdurasi 21 saat itu turut menunjukkan pegawai bank tersebut sanggup datang ke kereta untuk mengambil cop jari ibunya.

“Datang bank bawa mak yang strok, nak keluarkan duit mak tetapi tertinggal MyKad.

“Nak balik rumah, ambil MyKad jauh pula, namun dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh,” kata @s..nass.

Susulan itu, rata-rata orang ramai tersentuh melihat situasi terbabit dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pegawai bank tersebut.

Video itu yang dimuat naik semalam telah mendapat sebanyak 262,000 tontonan dengan 10,900 tanda suka.

“Ni baru betul datang kat kereta, bukan yang sakit terpaksa bawak masuk sekali dengan katil. Harus memiliki hati yang memahami sesama sendiri,” ujar @ikhlaskepadaAllah.

“Alhamdulillah ada timbang rasa untuk warga emas,” kata @einafazli.

“Inilah kita nak dalam perkhidmatan,” seloroh @ahmadasrul3243. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI