fbpx

MySejahtera akan dimiliki kerajaan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin menyampaikan sijil penghargaan kepada kakitangannya semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan di Putrajaya, di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menandatangani kontrak tidak lama lagi bagi menandakan pemilikan sepenuhnya terhadap aplikasi MySejahtera.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilikan sepenuhnya aplikasi itu oleh kerajaan adalah selaras syor dan saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata, langkah itu sekali gus menghapuskan segala keraguan mengenai soal pemilikan aplikasi berkenaan terutama membabitkan keselamatan data yang dimiliki aplikasi itu.

“Saya sudah pastikan semua perkara itu dapat diselesaikan sebelum saya tinggalkan kementerian ini.

“KKM sudah berusaha untuk memindahkan MySejahtera daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada kementerian ini, jadi soal pemilikan atau keselamatan data sudah selesai,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KKM, di sini hari ini.

Katanya, PAC menerusi syornya menjelaskan aplikasi MySejahtera harus dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Khairy berkata, sejak beberapa bulan lalu banyak ciri-ciri lain sudah dimasukkan dalam MySejahtera selain Covid-19 seperti derma darah dan pendermaan organ.

Menurutnya, tambahan ciri-ciri pada aplikasi berkenaan adalah transisi untuk mengetengahkan MySejahtera sebagai aplikasi kesihatan awam.

PAC menerusi kenyataan hari ini berkata, pelantikan syarikat, KPISoft (Entomo) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada bulan Mac 2020 lalu adalah tidak teratur dan tidak berlandaskan prosedur atau tatacara perolehan kerajaan.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, PAC mengesyorkan empat perkara berhubung aplikasi itu yang antara lainnya mahu kerajaan mengambilalih keseluruhan aplikasi berkenaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI