fbpx

Malaikat? Erma tak tersinggung, harap kes Zul jadi pengajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT Erma, naskhah kontroversi lakonan Zul, Perempuan Itu tetap akan ditayangkan dan sedang melalui proses suntingan.

PETALING JAYA – Penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima berharap kejadian yang menimpa aktor, Zul Ariffin menjadi peringatan buat semua anak seni lain.

Menurut Erma, 54, insiden tersebut disifatkan sebagai peringatan daripada Tuhan supaya tidak melakukan sesuatu perkara sehingga melampaui batas.

“Ini adalah pengajaran buat kita semua kita. Bukan sahaja Zul tetapi juga saya, pengarah dan anak seni lain.

“Saya percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ini juga pesan Tuhan kepada kita semua penggiat seni tanah air,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Pemilik nama penuh Fatimah Rahmad Ali juga tidak tersinggung ataupun terasa hati dengan kenyataan Zul yang menyifatkan pihak lain, mungkin produksi dramanya sebagai malaikat memandangkan hanya aktor itu seorang berdepan hukuman hari ini.

“Saya tidak terasa pun dengan kenyataan tersebut,” jawabnya ringkas.

Tegas Erma juga, drama kontroversi berkenaan tetap akan ditayangkan kepada umum namun babak panas akan disunting semula.

“Meskipun dilanda kontroversi, drama ini tetap akan ditayangkan dan kini sedang melalui proses penyuntingan.

“Bagi saya, drama ini tiada masalah. Kita tak boleh terlalu cepat menghakimi hanya kerana satu video tular hingga menghukum drama ini, tidak adil buat saya,” katanya lagi.

“Babak itu saya perlu hantar kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan jawapannya pun kita semua sudah tahu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.

Aktor filem Juang itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, pada 18 Mac, Zul mencetuskan kemarahan ramai apabila memuat naik video adegan ranjang iaitu salah stau babak drama Perempuan Itu dalam akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi videi tersebut, Zul dilihat mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini turut dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf dan Iqbal Zulkefli.

Drama Perempuan Itu merupakan arahan dua pengarah iaitu Isma Yusof dan Ain Sharif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI