fbpx

Lelaki bunuh, kerat kekasih gelap kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Charnwit bercakap dengan Surachet selepas ditahan Ahad lalu. – Balai Polis Samrong Nuea

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand mengaku membunuh kekasih gelapnya dan mengerat anggota badan mangsa sebelum menanamnya di kawasan sebuah lebuh raya di Bangkok, lapor portal berita Coconuts semalam.

Charnwit ‘Don’ Wongsahak, 35, ditahan Ahad lalu kerana disyaki membunuh dan mengerat tubuh kekasihnya, Oranan ‘Phim’ Narathorn, 30, di sebuah kondominium di wilayah Samut Prakan.

Suspek mengaku mengerat Oranan kepada tujuh bahagian dan memasukkan mayat wanita itu ke dalam dua beg berwarna hitam yang ditanam di Jalan Prasert Manukij di bawah Lebuh Raya Chalong Rat.

Menurut laporan, pegawai polis di Samrong Nuea dimaklumkan oleh seorang pembantu rumah yang pergi ke sebuah unit kondominium untuk membersihkannya Sabtu lalu.

Menurut wanita tersebut, dia menghidu bau darah selain paip di bilik mandi tidak ditutup yang menyebabkannya mengesyaki berlakunya pembunuhan di situ.

Pada keesokan harinya, pihak berkuasa yang tiba untuk menggeledah rumah tersebut menemui Charnwit dalam keadaan tenang dan mengaku bahawa dia membunuh Oranan.

Menurut suspek, mereka berdua bekerja dalam bidang hartanah dan sering bertemu di unit kondominium tersebut untuk melepaskan hawa nafsu kerana dia telah berkahwin dengan wanita lain selama lima tahun.

Tambah suspek, mereka sering bertengkar kerana Oranan enggan mengakui hubungan mereka,  yang membuatkan dia mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain juga.

Pada Rabu lalu, mereka bertengkar sebelum Charnwit membelasah mangsa sehingga mati. Dia turut tinggal bersama mayat wanita itu semalaman, sebelum keluar membeli kapak, pisau dan gergaji keesokan harinya untuk mengerat badan Oranan.

Leftenan Jeneral Polis Diraja Thailand, Surachet “Big Joke” Hakpan berkata, suspek mengaku membunuh dan akan disoal siasat secara rasmi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI