fbpx

Ketinggalan tiga gol hukum Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA gagal mencari gol penyamaan apabila tumpas 2-3 kepada Perancis di Kelab Hoki Waterloo Ducks ASBL hari ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hoki negara kepada Perancis di Kelab Hoki Waterloo Ducks ASBL, Belgium hari ini.

Ia adalah kekalahan kedua Malaysian Tigers dalam siri Jelajah Eropah selepas terdahulu tewas 0-9 kepada ranking No.2 dunia, Belgium di Antwerp pada 28 September lalu.

Dalam aksi ketiga siri jelajah hari ini, skuad negara dikejutkan dengan dua gol pantas Perancis bermula minit pertama menerusi pukulan sudut penalti dan jaringan padang berselang tiga minit kemudian.

Pasukan No.11 dunia yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Paris 2024 itu menambah gol ketiga, sekali lagi melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-35.

Skuad negara bimbingan Arul Selvaraj cuba bangkit dengan dua gol pada suku masa terakhir, namun ia sudah terlambat untuk mengejar jaringan penyamaan.

Dua gol pasukan negara di ranking ke-10 dunia diperoleh menerusi jaringan padang Muhammad Najib Abu Hassan (m-52)dan pukulan sudut penalti yang disudahkan Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-55.

“Mereka bangkit dengan bagus di suku masa keempat walaupun ketinggan 0-3. Namun, saya tak tahu kenapa pemain ‘hilang tenaga’ di suku kedua dan ketiga.

“Saya gembira dengan reaksi pemain untuk bangkit. Kekurangannya adalah kita tidak menyudahkan peluang yang ada dalam perlawanan ini.

“Malam ini kita akan buat kajian untuk perlawanan esok kerana kita pasti nak datang untuk menang,” kata Arul.

Esok, Malaysian Tigers berpeluang menebus kekalahan itu apabila bertemu semula Perancis dalam aksi terakhir siri Jelajah Eropah sebelum pulang ke tanah air pada Khamis ini.

Sebagai rekod, skuad negara memulakan siri jelajah dengan kemenangan 1-0 ke atas ‘Belgium A’ pada 27 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI