fbpx

Jadi duta lebih mewah daripada berlakon – Jalaluddin Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALALUDDIN HASSAM

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Jalauddin Hassan tidak menyangka pada usia 68 tahun, beliau masih laris dan menjadi pilihan sebagai duta produk.

Malah, Jalaluddin yang menjadi duta beberapa buah produk terkenal antaranya, beras Jasmine, Gintell, agensi kewangan swasta CSA Academy dan sebuah jenama perabot mewah mengakui pendapatannya sebagai duta produk lebih lumayan berbanding lakonan.

“Memang pendapatan saya sebagai duta produk lebih lumayan jika hendak dibandingkan dalam bidang lakonan,” kata Jalaluddin.

Menurut Jalaluddin, rezekinya sebagai duta murah mungkin kerana sikapnya yang suka membantu memperomosikan produk peniaga baharu tanpa memikirkan soal bayaran.

“Mungkin Allah balas dengan cara begini (rezeki duta produk). Ikutkan penat juga hendak buat video promosi dalam Instagram,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut berkongsi pengalaman namanya pernah digugurkan daripada sebuah produk terkenal.

“Tahun 2021 nama saya pernah digugurkan daripada sebuah produk selepas berbelas tahun bekerjasama kerana perubahan pengurusan syarikat produk terbabit.

“Waktu itu mereka kata, saya sudah tidak diperlukan. Namun, pada 2022 mereka hubungi saya semula dan terus mengikat kontrak selama tiga tahun atas alasan orang mencari produk yang ada wajah saya,” kongsi Jalaluddin sambil tertawa.

Ditebak apakah rahsia yang menyebabkan beliau menjadi buruan syarikat besar untuk diambil sebagai duta pada usia emas. Sambil tersenyum, pelakon itu menjelaskan caranya membawa diri adalah rahsianya.

JALALUDDIN bersama Norman Hakim dan Ramlah Ram bersama pemenang-pemenang bertuah Kempen Best Products ke-26, di sini semalam.

“Saya tahu orang senang dan suka bekerja dengan saya mungkin kerana cara saya membawa diri dan berinteraksi.

“Jika ada masalah berbincang bukannya meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial seperti yang banyak berlaku sekarang ini,” kongsi Jalaluddin lagi.

Dalam pada itu, Jalaluddin yang juga duta kepada Best Products begitu teruja bertemu dengan pemenang pada majlis penyampaian hadiah kempen Best Products ke-26, di sini semalam.

“Sejak tujuh tahun yang lalu, saya yang menyampaikan sendiri hadiah termasuk hadiah utama bernilai sehingga RM300,000.

“Saya sendiri berasa seronok apabila pemenang merupakan peminat saya dan cukup terharu dengan kejayaan mereka,” ujar Jalaluddin yang dilantik oleh Home Direct Shopping sebagai duta Best Product sejak 2015.

Selain Jalaluddin, turut bergelar duta kepada Best Product. Ramlah Ram dan pelakon Norman Hakim. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI