fbpx

Ingatkan bapa dan anak, rupanya suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uswatun dan suaminya pernah bekerja bersama pada tahun 2017.- TikTok @uswawaw

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Medan, Indonesia, menjadi perhatian netizen kerana mempunyai perbezaan umur  ketara sehingga membuatkan ramai menyangka mereka adalah  bapa dan anak, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, wanita bernama Uswatun Hasanah berkongsikan gambar perkahwinan  dengan suaminya.

“Saya berlatih untuk senyum agar nampak berseri sebelum hari perkahwinan,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Anda sangat cantik. Ketawa dan senyum kerana bahagia,” komen seorang netizen.

“Oh, itu suaminya. Saya fikirkan bapanya,” kata seorang lagi pengguna.

Wolipop kemudian menghubungi Uswatun bagi mengesahkan video tersebut. 

Menurut wanita berkenaan, dia dan suaminya bekerja bersama pada tahun 2017.

“Tahun 2017 bekerja bersama, 2022 tinggal serumah (berkahwin),” kata Uswatun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI