fbpx

IJF mohon maaf lepas ditegur TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permohonan maaf di Facebook IJF.

PETALING JAYA – Satu laman penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Inter Johor Firms (IJF) memuat naik permohonan maaf selepas ditegur memuat naik kenyataan yang tidak sensitif, semalam.

Kenyataannya sebelum ini dimuat naik berikutan isu rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengakibatkan 174 nyawa terkorban.

Kenyataan berbunyi ‘Sendiri cari masalah, sendiri hilang nyawa’ mendapat teguran ramai kerana tidak sensitif kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa orang tersayang.

Dalam pada itu, sebuah video turut dimuat naik di Twitter dipercayai pernyataan IJF tidak disenangi oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam video tersebut, dipercayai TMJ bertitah tidak akan bertoleransi dengan mereka yang membuat kotor nama Johor dan mengatakan pernyataan itu tidak berasas.

“Jangan sampai budak-budak yang buat akaun-akaun (di facebook) aku ‘sapu keluar’ seorang demi seorang,” katanya dalam klip video tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI