fbpx

EPL: Erik Ten Hag sukar terima kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY (kiri) meledak gol pertama United ketika mereka tewas 3-6 kepada City kelmarin. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui anak buahnya seakan hilang keyakinan dan kekalahan 3-6 kepada Manchester City di Etihad kelmarin menjadi sesuatu yang cukup sukar untuk diterima.

Sambil mengakui cukup terkejut dengan apa yang dipamerkan anak buahnya, Ten Hag mendedahkan bahawa beliau akan mengadakan satu sesi tontonan rakaman perlawanan ber­kenaan kepada semua pemainnya.

“Saya begitu terkejut kenapa kami tidak mengekalkan aksi terbaik sebelum ini. Pada aksi terakhir United empat ming­gu lalu, kami adalah pasukan yang memiliki semangat berbeza.

“Namun, pada perlawanan ini kami tidak begitu meyakinkan dan tidak berani untuk menguasai bola. Saya akan tunjukkan (rakaman perlawanan) kepada semua pemain selepas ini,” katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, Phil Foden dan Erling Haaland masing-masing merekodkan hatrik buat City, manakala gol The Red Devils dihasilkan oleh Antony dan dua lagi gol menerusi Anthony Martial.

Ketika ditanya apa sebenarnya yang berlaku dalam pasukannya, Ten Hag sendiri mengakui sukar untuk mendapatkan punca sebenar United beraksi dengan cara sebegitu.

“Saya perlu bercakap dengan pemain kerana mereka tahu, mereka mampu melakukan sesuatu yang lebih baik lagi. Kamu pasti akan berdepan kesukaran ketika berdepan pasukan seperti City sekiranya gagal memberikan saingan,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN