fbpx

Bukan mudah proses berpoligami di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDIVIDU yang ingin berpoligami perlu penuhi syarat ditetapkan Jabatan Agama Islam Perlis. – GAMBAR HIASAN

KANGAR – Prosedur pernikahan di Perlis tidak semudah yang disangka kerana pasangan Islam perlu melalui peraturan ditetapkan dalam Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam 2006 (Pindaan 2008) yang diwartakan.

Sebelum ini, ada yang mendakwa mudah untuk berpoli­gami di negeri itu dan tidak perlu lagi untuk ke Thailand bagi bernikah secara senyap.

Difahamkan, untuk berpo­ligami di Perlis, tiada keperluan untuk mendapatkan persetujuan isteri pertama, namun permohonan hendaklah dibuat melalui mahkamah bagi menilai beberapa faktor seperti sebab untuk berpoligami, kemampuan memberi nafkah dan lain-lain lagi.

Menurut sumber Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), terdapat kekeliruan mengatakan amat mudah bagi pasangan luar dari Perlis untuk melangsungkan perkahwinan mereka di negeri itu berbanding negeri lain.

“Bagi pasangan luar negeri ini yang ingin berkahwin di Perlis, mereka perlu memenuhi syarat iaitu bermastautin di negeri ini.

“Jika tidak, mereka perlu meminta kebenaran dan diluluskan permohonan tersebut dari jabatan agama Islam di negeri masing-masing untuk melangsungkan pernikahan di Perlis,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ditanya adakah benar terlalu mudah untuk pasangan luar yang mahu berpoligami dan bernikah di Perlis, sumber itu menjelaskan ia tidak semudah yang disangka.

“Bagi urusan poligami, mereka juga perlu meminta kebenaran mahkamah syariah dari negeri calon lelaki itu bermastautin.

“Contohnya, jika calon pengantin lelaki ingin berpoligami, dia perlu meminta kebenaran mahkamah di negeri bermastautin, sekiranya lulus kebenaran itu, ia perlu dihantar ke pihak jabatan agama pengantin perempuan pula sekiranya dari negeri berlainan.

“Jika pasangan itu ingin berkahwin di Perlis juga, kebenaran mahkamah dan kebenaran bernikah di luar kawasan daripada jabatan agama Islam negeri itu pula perlu dihantar kepada JAIPs untuk berkahwin di sini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI