fbpx

Budak tiga tahun mati didera, jurujual direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jurujual kenderaan (depan baju hitam) yang merupakan suspek utama dalam kejadian seorang kanak-kanak berusia 3 tahun didera sehingga mati direman 7 hari.

JOHOR BAHRU – Seorang jurujual kenderaan yang disyaki mendera kanak-kanak berusia tiga tahun di Taman Skudai, kelmarin direman selama tujuh hari.

Turut direman pembantu rumah warga Indonesia berusia 40 tahun.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru kira-kira pukul 9 pagi.

Jurujual dan pembantu rumah berkenaan ditahan di kediaman mereka tengah hari semalam.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan itu ditemui maut dengan beberapa kecederaan di tubuh badannya, antaranya lebam dan luka kecil.

Menurutnya, kanak-kanak itu dijaga seorang lelaki yang juga kenalan bapa mangsa dengan bayaran RM2,800 sebulan.

Katanya, bapa mangsa bekerja di Singapura, manakala ibunya bekerja di Yong Peng.

Difahamkan, mangsa dan adiknya yang berusia setahun telah dijaga suspek sejak tiga bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI