fbpx

Barcelona sudah sedia tawan San Siro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA bersedia untuk menebus kekalahan pada aksi terakhir lalu bertemu Bayern apabila mereka dijadual menentang Inter awal pagi esok. – AFP

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez melaungkan keyakinan anak-anak buah­nya sudah bersedia menggempur gawang Inter Milan untuk membawa pulang tiga mata dari San Siro awal pagi esok.

Aksi ketiga Kumpulan C Liga Juara-Juara itu merupakan peluang terbaik buat The Catalans untuk menebus kekalahan 0-2 di tangan gergasi Jerman, Ba­yern Munich sewaktu perlawanan kedua bulan lalu.

“Kami masih mempunyai impian besar dalam kejohanan ini. Jika tidak, lebih baik kami duduk di rumah sahaja.

“Mentaliti di Barcelona ha­nyalah mengenai kemenangan. Saya sama seperti semua orang lain, mahu menang. Saya tidak dapat bayangkan kalau kami turun bertanding tanpa memikirkan kemenangan.

“Namun, kami perlu sentiasa merendah diri. Setiap perlawanan ibarat ‘perang’ kerana kami sudah lama tidak memenanginya (Liga Juara-Juara) sejak 2015,” kata Xavi.

Barisan pemain Barcelona juga ketika ini dilihat berada pada momentum terbaik selepas berjaya mengungguli carta La Liga buat kali pertama musim ini.

Ia susulan juara bertahan yang juga seteru tradisi, Real Madrid tercicir mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Osasuna di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Robert Lewandowski bakal terus menjadi pertaruhan utama Barcelona apabila dia sudah meledak sembilan gol daripada tujuh perlawanan La Liga termasuk satu gol menewaskan Real Mallorca kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN