fbpx

Bagilah masa Won-young berehat – Peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG WONG-YOUNG

POPULARITI Jang Won-young selaku artis idola generasi keempat K-pop paling popular membuatkan jadual kariernya cukup padat setiap hari.

Situasi tersebut bagaimanapun mengundang kerisauan peminat prihatin terhadap tahap kesihatan Won-young.

“Selepas membuat persembahan di Akaraka, dia terbang ke Paris pada malam yang sama. Selepas selesai di Paris, dia terus pulang ke Korea Selatan untuk festival di Universiti Chungnam dan Chungbuk,” kata peminat.

Selain jadual persembahan yang padat, anggota IVE itu turut mempunyai jadual lain iaitu selaku pengacara program Music Bank.

“Dia ada rakaman pada pukul 5 pagi, kemudian siaran langsung Music Bank sebelum ke sebuah festival di Universiti AJOU dan Sungkyunkwan. Esoknya pula Won-young terbang lagi ke Paris untuk acara MIU MIU,” katanya lagi.

Biarpun sedar keberadaan artis itu di beberapa acara akan menggembirakan peminat, tetapi ada yang berharap Won-young menyelitkan masa berehat.

“Starship (pengurusan) perlu beri artis mereka sedikit ruang untuk berehat,” kata peminat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI