fbpx

Amaran ribut petir di lapan negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan lapan negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Seterusnya, Pahang (Jerantut dan Kuantan), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin).

“Dua lagi negeri ialah Melaka melibatkan Alor Gajah dan Jasin serta Johor meliputi Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya.

Dalam masa sama, Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Miri) dan Limbang.

“Sabah pula di kawasan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” ujarnya.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI