fbpx

Wanita dipenjara 5 tahun kerana palsukan 10 tuduhan rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Richardson mengaku salah atas 10 pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sebulan oleh Mahkamah Salisbury Crown. - Essex Live

LONDON – Seorang wanita di Britain dijatuhi hukuman penjara lebih lima tahun selepas membuat 10 dakwaan rogol palsu ke atas dua lelaki, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Tertuduh, Cathy Richardson dari Westcliff membuat dakwaan palsu tersebut antara bulan Januari hingga Mei tahun lepas.

Salah seorang lelaki yang menghadapi tuduhan palsu itu bersetuju memakai alat pemantau buku lali untuk membuktikan kepada polis bahawa dia tidak berada di mana-mana lokasi kononnya serangan dikatakan telah berlaku.

Polis Essex mengecam tindakan Richardson dan berkata, tuduhan itu telah memberi impak besar kepada kehidupan mangsa dan telah membazirkan masa serta sumber pihak berkuasa.

Disebabkan dakwaan Richardson, polis menjalankan 60 siasatan dengan salah seorang lelaki yang didakwanya telah ditangkap dan diarahkan menjalani pemeriksaan forensik.

Semasa siasatan, pegawai mendapati bahawa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV),  data telefon dan maklumat daripada kamera pengecaman nombor plat automatik (ANPR) menunjukkan penyerang yang didakwa tidak berada di kawasan ‘kejadian’ pada masa tertuduh mendakwa serangan itu berlaku.

Polis menahan tertuduh pada 28 Mei 2021 sebelum dia kemudiannya didakwa atas tuduhan menyeleweng daripada keadilan.

Wanita itu hadir pada perbicaraan di Mahkamah Salisbury Crown dan mengaku bersalah atas 10 pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sebulan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI