fbpx

[VIDEO] 29 penumpang cemas bas dari Hatyai terbabas masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah bas persiaran yang terbabas ke dalam parit di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan hari ini.

PENDANG – Seramai 29 penumpang sebuah pas persiaran yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Kampar, Perak berdepan detik cemas apabila bas tersebut terbabas ke dalam parit di Kilometer 60 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, 11 mangsa dilaporkan cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, salah seorang mangsa wanita berusia 60 tahun mengalami kecederaan patah kaki dan tangan kiri.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.25 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat sebuah bas persiaran dinaiki 29 penumpang termasuk pemandu terbabas ke bahu jalan dan memasuki parit,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota kemudian memberi rawatan awal kepada mangsa dan seramai 10 penumpang dibawa ke HSB menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi lain.

“Seorang mangsa wanita dibawa ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba,” ujarnya.

Tambahnya, baki 18 lagi penumpang yang tidak cedera dihantar ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI