fbpx

Tak pernah kalah, sekali tewas 182 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan lelaki mengangkat seorang penonton yang cedera di Stadium Kanjuruhan, Malang. – AFP

JAKARTA – Stadium Kanjuruhan, bandar Malang, Wilayah Jawa Timur ‘bermandi’ darah apabila sekurang-kurangnya 182 penyokong bola sepak terbunuh dalam rusuhan membabitkan 42,000 penonton sedang berada di stadium itu malam kelmarin.

Tragedi itu turut menyebabkan 180 orang cedera, selain ia disifatkan sebagai satu daripada bencana di stadium yang paling ramai terkorban di dunia.

Menurut pihak berkuasa, pe­rasaan tidak berpuas hati atas kekalahan pasukan bola sepak dalam perlawanan menjadi punca insiden tersebut.

Katanya, beribu-ribu penonton menyerbu masuk ke kawasan padang selepas berang apabila pasukan mereka iaitu Arema FC kalah 3-2 kepada seteru ketat, Persebaya Surabaya.

Ini adalah kekalahan pertama dalam tempoh lebih dua dekad kepada musuh ketatnya itu.

“Tindakan penyokong terbabit menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, sekali gus mencetuskan rempuhan,” katanya.


Keadaan ketika rempuhan dan rusuhan berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur kelmarin. – AFP

Pihak berkuasa memberitahu, polis yang menyifatkan kejadian itu sebagai rusuhan telah cuba memujuk penyokong agar kembali ke tempat duduk mereka sebelum melepaskan gas pemedih mata ke arah tempat duduk penonton selepas dua anggota terbunuh.

Kebanyakan mangsa dilaporkan mati akibat dipijak atau me­ngalami sesak nafas.

Sementara itu, sebilangan penonton yang terselamat berkata, keadaan bertukar menjadi panik selepas gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.

“Anggota polis melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan penonton berpusu-pusu untuk cuba keluar dari stadium dan saling tolak-menolak.

“Tiada rusuhan, tiada apa-apa yang berlaku. Saya tidak tahu apa isunya, polis tiba-tiba sahaja melepaskan gas pemedih mata,” kata seorang penonton, Doni.

Beberapa imej yang dirakam di dalam stadium ketika rempuhan berlaku menunjukkan polis melepaskan gas pemedih mata dan penonton memanjat pagar penghadang. Orang ramai turut membantu mengangkat mangsa yang cedera.

Rakaman video yang tular di media sosial pula menunjukkan penonton mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis yang memegang perisai rusuhan serta belantan.

Beberapa kenderaan terma­suk trak polis turut dibakar di jalan-jalan di luar stadium pagi semalam. Polis berkata, 13 ken­deraan polis musnah.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan siasatan dijalankan ke atas tragedi itu, semakan keselamatan ke atas perlawanan tersebut dan mengarahkan persatuan bola sepak negara untuk menggantung semua perlawanan sehingga penambahbaikan keselamatan selesai dijalankan.

“Saya amat menyesali tragedi ini dan berharap ia akan menjadi bencana terakhir dalam sukan bola sepak negara ini,” katanya.
Susulan kejadian itu, Liga Indonesia digantung seminggu.

Arema FC dan Persebaya Surabaya merupakan seteru sejak sekian lama dan dalam perlawanan tersebut, penyokong pasukan Persebaya Surabaya tidak dibenarkan membeli tiket atas kebimbangan tercetusnya keganasan.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa tragedi itu berlaku ha­nya dalam kalangan penyokong Arema FC kerana peminat Persebaya Surabaya tidak dibenarkan menonton di stadium.

“Justeru, mangsa meninggal dunia akibat bersesak, dirempuh dan dipijak,” kata Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Mahfud MD.

Mahfud menambah, pemerintah mencadangkan hanya 38,000 riket dicetak, namun sebanyak 42,000 tiket dijual. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI