fbpx

Punca mayat mangsa culik Broga masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Punca kematian seorang wanita yang diculik di Broga, Lenggeng sebelum mayatnya ditemui di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September lalu masih dalam siasatan pihak polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, keputusan hasil proses bedah siasatan masih belum diterima dan kes berkenaan disiasat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Bagi kes bunuh melibatkan mangsa wanita ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh oleh IPD Kajang kerana mayat di temui di Bukit Tekali, Hulu Langat.

“Setakat ini, kami dimaklumkan masih menunggu ujian makmal (hasil keputusan bedah siasat),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Ahmad Dzaffir, pihaknya juga masih menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai motif hutang yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.

“Kami juga menjalankan siasatan ke atas kekasih mangsa, seorang lelaki yang juga pekerja swasta berusia lingkungan 20-an yang ditahan di Ampang, Selangor pada Selasa lalu bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, kes culik seorang wanita yang dilarikan di kawasan Broga, Lenggeng di sini Isnin lalu terjawab apabila mayat mangsa ditemui dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor dua hari selepas kejadian.

Dengan penemuan mayat itu pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan tangkapan seorang suspek lelaki berumur 20an yang merupakan pekerja swasta di kawasan Ampang, Selangor.

Siasatan awal mendapati mangsa berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sosial sejak tiga bulan lalu dan motif kejadian disyaki ada kaitan dengan hutang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI