fbpx

Pelajar madrasah tergelincir dalam sungai ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat pelajar madrasah yang lemas di sungai Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi ditemui pada pukul 11.40 pagi tadi.

LANGKAWI – Kegembiraan lapan rakan bermain air di sungai Hutan Lipur Lubuk Semilang di sini hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai tersebut.

Mayat remaja lelaki berusia 15 tahun yang merupakan pelajar sebuah madrasah di Banting, Selangor ditemui kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian lemas itu pada pukul 9.55 pagi.

“Menurut saksi, mangsa bersama tujuh rakan sedang bermain air di kawasan tersebut sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

“Beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal sebelum menghubungi pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota membuat size-up dan memulakan operasi pencarian dengan kaedah pencarian di permukaan.

“Mayat mangsa ditemui pada pukul 11.40 pagi tadi dan kita terpaksa membawa mangsa turun dari kawasan hutan lipur itu ke kawasan letak kereta sejauh satu kilometer,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI