fbpx

Misbun percaya anak-anak buahnya miliki peluang di Santander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBUN (kanan) percaya dengan Justin yang dijangka turun sebagai pilihan bakal menyinar pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Santander, Sepanyol bermula 24 Oktober ini.

MESKIPUN menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Remaja Malaysia bulan lalu, namun barisan pemain muda negara tetap ada peluang untuk merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Santander, Sepanyol.

Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek percaya anak-anak buahnya mampu menggalas cabaran tersebut dengan memberikan tentangan sengit kepada pasukan-pasukan bertanding.

Bekas ketua jurulatih skuad badminton kebangsaan itu menaruh sepenuh kepercayaan terhadap barisan pemainnya biarpun tidak tahu kekuatan pemain pasukan lain berikutan kurang kejohanan akibat Covid-19.

“Pada pertandingan peringkat umur ini, tahap permainan semua pasukan boleh dikatakan hampir sama. Oleh itu, tidak ada jaminan mengenai pemain mana yang mampu menang atau sebaliknya,” katanya.

Beliau yang juga legenda badminton tanah air menegaskan, pencapaian pemain-pemain muda negara, terutamanya perseorangan lelaki, Justin Hoh pada Siri Antarabangsa Remaja Malaysia sebelum ini tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur.

Justin yang menghuni ranking No.2 dunia kategori remaja dijangka turun sebagai pilihan pada kejohanan yang akan berlangsung pada 24 hingga 30 Oktober ini selepas merangkul empat kejuaraan musim ini.

“Walaupun usia baru menjengah 18 tahun, namun prestasi yang ditampilkan Justin musim ini sudah membolehkan dia memenangi empat gelaran termasuk Kejohanan Bawah 21 tahun Kebangsaan, Kejohanan Antarabangsa Bon dan India serta Terbuka Croatia.

“Bukan sesuatu yang mudah untuk memenangi empat kejohanan berturut-turut terutamanya dengan status sebagai pemain remaja. Prestasi yang ditampilkan Justin sangat konsisten,” ujar Misbun.

Dalam pada itu, Misbun menegaskan, Malaysia perlu melepasi halangan Indonesia di suku akhir terlebih dahulu jika mahu melangkah lebih jauh dalam acara berpasukan pada kejohanan di Santander nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI