fbpx

Kak Lina kacau, saya yang rancang – Jaclyn Victor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Jaclyn Victor merancang sendiri kehadiran pengacara Elly Mazlein ketika membuat persembahan.

SHAH ALAM – “Ya, memang saya yang rancang.”

Demikian pengakuan penyanyi Jaclyn Victor berhubung kritikan teruk netizen terhadap Elly Mazlein susulan bertindak menari di tengah pentas sewaktu menjayakan persembahan konsert mingguan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam tadi.

Jaclyn berkata, dia sebenarnya yang merancang kejutan tersebut dan mengajak Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina menari bersamanya semasa mendendangkan lagu Perawan atau Janda.

Baginya, tidak timbul isu terganggu semasa persembahannya, sebaliknya dia berasa seronok apabila pasangan pengacara kepada Nabil Ahmad itu begitu ‘sporting’ dan menceriakan audiens.

“Dia (Kak Lina) tidak tahu menahu pun, memang saya yang rancang untuk buat kejutan itu memandangkan dia juga pernah membawakan lagu yang sama ketika menyertai GV sebelum ini.

“Ya, saya memang tergelak sebab tengok aksi Kak Lina yang macam terkejut bila dia dibawa keluar dari pentas oleh penari,” katanya.

Mengakui terfikir soal markah yang mungkin dipotong, Jaclyn langsung tidak risau kerana yakin sudah memberikan persembahan terbaik dan gembira dengan aksi Kak Lina.

Mengulas persembahan malam tadi, pemilik vokal hebat itu mengakui berdepan cabaran hebat kerana tidak pernah menyanyikan lagu dangdut.

Persembahan Jaclyn mendapat tepukan gemuruh dan pujian juri Datuk Syafinaz yang menganggap Jaclyn seorang penyanyi hebat yang bersedia membawakan apa juga genre.

“Bagi saya jangan risau soal terkeluar, tetapi cukuplah dapat berikan yang terbaik setiap minggu,” katanya.

Pada masa sama, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu juga memberitahu, dia akan berjumpa dengan pakar selepas tamat GV nanti untuk memeriksa masalah hidungnya.

“Ada bahagian tulang bengkok dan menganggu saluran pernafasan saya terutamanya semasa sejuk dan berasap,” katanya yang sedikit terganggu disebabkan masalah tersebut. – KOSMO’ ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI