fbpx

Jokowi arah siasatan menyeluruh ke atas tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi juga mengarahkan semua baki perlawanan digantung sehingga ada pelan penambahbaikan dari sudut keselamatan. - VOI

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi meluahkan rasa kesal atas tragedi maut yang mengorbankan lebih 180 nyawa di Stadium Kanjuruhan, bandar Malang, wilayah Jawa Timur kelmarin, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Jokowi menyampaikan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berharap kejadian tersebut adalah yang terakhir berlaku dalam arena sukan Indonesia.

“Saya telah meminta Menteri Kesihatan (Budi Gunadi Sadikin) dan Gabenor Jawa Timur (Khofifah Indar) untuk memberi rawatan terbaik kepada semua mangsa yang terlibat.

“Saya juga sudah mengarahkan Menteri Belia dan Sukan, Ketua Polis Negara dan Ketua Umum Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap penganjuran perlawanan bola sepak dan juga prosedur keselamatan semasa kejadian,” tegasnya.

Jokowi juga telah memerintahkan agar PSSI menggantung semua perlawanan sehingga penilaian dan penambahbaikan prosedur keselamatan selesai digariskan.

“Saya berharap ini kali terakhir negara dilanda tragedi malang seperti ini yang boleh memusnahkan semangat kesukanan sesama kita.

“Jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga rasa perikemanusiaan hilang dalam diri masing-masing,” pesan Jokowi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI