PROGRAM popular My Alcohol Diary (atau dikenali sebagai No Prepare) kendalian penyanyi rap Lee Young-ji menampilkan HyunA selaku tetamu istimewa baru-baru ini.
Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang topik aspek pro dan kontra tentang pemakaian solekan oleh kaum wanita.
Mengejutkan ramai dan lari dari kelaziman seorang artis yang cukup sinonim dengan mekap, HyunA sebaliknya mendedahkan dia tidak gemar memakainya ketika keluar bertemu janji.
“Setiap kali keluar dating dengan seseorang, sebelum bersama Dawn (kekasihnya), saya memang tak pakai mekap.
“Untuk hari selepas itu pun tetap sama, saya tak pakai mekap juga,” katanya.
Alasan HyunA kerana dia mahu merendahkan ekpestasi lelaki yang bertemu dengannya pada waktu itu supaya dia kelihatan lebih cantik jika memakai mekap pada kemudian hari.
“Bila saya buatkan dia ada jangkaan yang rendah terhadap saya, kemudian saya memakainya (mekap), jadi saya akan nampak jauh lebih cantik!” ujarnya.