fbpx

EPL: Granit Xhaka berjaya ubah nasib sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA (kiri) ketika meledak gol ketika Arsenal berjaya menewaskan United pada aksi di Emirates baru-baru ini– AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Peter Crouch dan bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas menghamburkan pujian terhadap pemain tengah The Gunners, Granit Xhaka yang dianggap berjaya mengubah nasibnya bersama pasukan itu.

Kelmarin, Xhaka turut men­cetak nama selaku penjaring gol di samping Thomas Partey dan Gabriel Jesus ketika mereka berjaya menguasai derbi utara London menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 di Emirates.

Pada aksi tersebut, Harry Kane cuba menyaingi Arsenal menerusi gol penyamaan selepas Partey meledak gol pembukaan, namun kad merah yang dilayangkan kepada Emerson Royal pada minit ke-63 memusnahkan perjuangan Spurs.

Xhaka sebelum ini dianggap pemain paling dibenci peminat Arsenal, namun dia menerima penghormatan istimewa daripada penyokong selepas turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

“Daripada seorang ketua pa­sukan yang dipecat dan sering dikecam peminat, dia bangkit dengan karakter yang luar biasa,” kata Crouch.

Musim ini menyaksikan Xhaka diarahkan beroperasi sebagai pemain tengah menyerang, manakala posisi lamanya sebagai pemain tengah bertahan diberikan kepada Partey dan kedua-dua mereka dilihat semakin selesa bergandingan.

“Kadang-kala Xhaka dilihat bersendirian di bahagian tengah sebelum ini, saya melihat pertukaran posisi itu banyak membantunya untuk membuktikan kualiti,” jelas Fabregas.

Dalam pada itu, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui gembira melihat prestasi dipamerkan para pemainnya dan teruja dengan aksi yang dipamerkan oleh Xhaka termasuk gol ketiga dihasilkannya.

“Anda dapat rasakan hubu­ngan dengan pemain, kakitangan dan peminat. Saya sangat gembira, ia hari yang begitu indah buat kami,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI